top of page

​KUMPULAN SOKONGAN IBU-BAPA (KSIB)

Kumpulan Sokongan Ibu-Bapa (KSIB)


KSIB ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.

 

Objektif KSIB

 

  • Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.

  • Mewujudkan sokongan berterusan.

  • Mambantu apabila berlaku krisis.

  • Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah.

  • Membantu dalam menyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif.

  • Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber.

  • Menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran.

  • Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain.

  • Mendapat sahabat baru.

  • Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina.

 

Galeri AJK KSIB mengikut tingkatan :

 

 

CADANGAN PERTEMUAN AHLI KSIB

TINGKATAN

4 FEB

8:30 pagi -  Tingkatan 2 + 3

11 FEB

8:30 pagi -  Tingkatan 4 + 5

18 FEB

8:30 am - Mesyuarat AJK KSIB

Luangkan masa anda untuk mengisi soal selidik berikut. Hadiah akan diberikan kepada peserta soal selidik yang ke-100.

Penubuhan KSIB 

 

Pada Sabtu, 25 April, telah berlangsung majlis pertemuan KSIB bagi kelas peralihan dan tingkatan 1. Majlis dirasmikan oleh YBhg Pengetua SMK Petra Jaya, Cikgu Abdul Radzak Ismail.

Sesi ceramah berkaitan keperluan KSIB telah disampaikan oleh YDP PIBG SMK Petra Jaya, Encik Awang Zaidel Awang Jamil. Majlis pada hari tersebut berjaya menubuhkan ahli jawatankuasa KSIB bagi mewakili kelas peralihan dan tingkatan 1, iaitu KSIB1.

Sukarelawan

 

Kami memerlukan sokongan dan kerjasama ahli PIBG untuk menjadi sukarelawan bagi tujuan mengambil gambar, dan merakam rakaman video bagi pihak PIBG.

 

Calon ibu-bapa yang berminat, sila hubungi kami. Kerjasama anda amat dihargai.

VIDEO PIBG SMKPJ:

Video PIBG

JANUARY 15-25

TICKETS ON SALE NOW!

Music
Sukarelawan

 

Belum dikemaskinikan.

Sukarelawan

 

Belum dikemaskinikan.

bottom of page